Monday, November 4, 2013

:: salam 1435 Hijrah ::

Alhamdulillah.
berkesempatan berada di hujung tahun 1434 Hijrah.
sekejap je lagi, umat Islam akan menyambut tahun baru,
1435 Hijrah.

buat semua,
jangan dilupa untuk membaca doa akhir tahun.
menutup buku segala amalan yang telah dicatat dua malaikat,dibahu kanan dan kiri.
semoga buku amalan ini akan memberat di kanan, membantu melangkah ke syurga kelak.
insyaAllah.

sekadar perkongsian bersama.

doa akhir tahun.
dibaca pada akhir waktu Asar, sebelum waktu Maghrib.
pada akhir bulan Zulhijjah.
maknanya,
kejap lagi lar..
hehe
:)


saya cp dari sebuah blog.
moga bermanfaat untuk kita.
baca sekali je dalam setahun.
bukan tiap-tiap hari.
jangan lupa ye.
:)

ini maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
dah selesai akhir tahun,
bermula lar catatan amal di buku baru.

cp daripada blogger:

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


kita baca doa yang ni pulak.
dibaca selepas waktu Maghrib,
pada malam 1 Muharram.
haaa, Maghrib jap lagi je.
:)



dan ini pula maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
cp dr blogger lain:

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



jom, tingkatkan amalan.
bukan mudah bila berlakunya pergelutan antara iman dan nafsu.
jom, menuju redha Allah.

"SALAM AWAL MUHARRAM"
^_^

No comments:

Post a Comment