"Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan..
Titipkanlah kebahagiaan..
Ya Allah, ku mohon..
apa yang telah Kau takdirkan,
ku harap dia adalah yang terbaik buatku.
kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
pelihara daku dari kemurkaanMu.
Ya Tuhanku yang Maha Pemurah,
beri kekuatan jua harapan,
membina diri yang lesu tak bermaya,
semaikan setulus kasih di jiwa,
ku pasrah kepadaMu.
kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
bisa menemani aku,
supaya aku dan dia dapat melayar bahtera,
ke muara cinta yang Engkau redhai.
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
Engkau sahaja pemeliharaku,
dengarkan rintihan hambaMu ini,
jangan Engkau biarkan ku sendiri,
agar aku bisa bahagia,
walau tanpa bersamanya,
gantikanlah yang hilang,
tumbuhkan yang telah patah,
ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat,
padaMu Tuhan ku mohon segala..."
Aminnn...