Saturday, December 15, 2012

:: pencuri? ::

"Allahurabbi..!
tidak sesekali ku ingin menjadi si pencuri hati dia..
kerana ku x ingin melihat imannya goyah disebabkan ku..



untuk itu, ku mohon pada Mu ya Allah,
tunjukkan aku jalan untuk aku memiliki dia dengan cara Mu..
tunjukkan kami jalan agar kami tidak terpesong dari landasan Mu..
kerana kami tahu setiap apa yang datang dari Mu adalah yang terbaik untuk hamba Mu!



biarlah pada saat dan ketika ini kami berjauhan agar nnt cinta kami bertaut kerana Mu ya Allah..
biarlah kami saling menanti agar makin kukuh rasa setia antara kami.
biarpun jauh jika itu yg terbaik buat kami.
biarlah dia tahu walau ada jarak dan sempadan memisahkan kami,
doa dari hati yang menyayangi sentiasa mengiringi perjuangannya.



bukannya ku mencari seorang yg sempurna, seorang ustaz alim ulamak, namun dengan iman yang dimilikinya membuat ku terpaut..cara dan pendekatannya membuat ku tahu,dia sudah cukup sempurna untuk mengisi lopak kekurangan yang ada pada diri ini..

ya Allah,
jadikanlah rasa yang ada ini sebagai penguat untukku terus berpaut pada dahan keimananan..
jadikanlah rasa ini sebagai penguat untuk aku memohon keredhaanMu.
jadikanlah rasa ini pemangkin kuatnya keyakinanku terhadap qada' dan qadarMu.
jadikanlah rasa ini semangat yang membara untuk ku terus berjalan seiring ujian hidup dariMu.
jadikanlah rasa ini membuat hatiku makin bertambah kecintaan terhadapMu.

untuk itu,
ya Allah,
jika dia diciptakan untukku, maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya..
jika dia bukan untukku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.."

amin~


cinta suci bukan untuk dinodai
kasih jgn dikhianati..
kesucian cinta, ikhlas tak diundang..
peliharalah, ya Allah~