Saturday, March 9, 2013

:: kasih padamu ::

selamat petang, kawan2...
mesti ramai yg g pasar malam Tanjung Malim ni..
lengang je KAB ptg ni..
hehe
:)

ape pon yg kita buat..
siang ke..
malam ke..
ayuh, audit balik setiap tindakan kita..
mane yg betul..
mane yg salah..
moga Allah bg kekuatan utk kita teruskan perjuangan.

< Alhamdulillah..sy dh semester 8..hehe > 

by the way,
never forget to say

لاَ إِلَهَ إِلَّاالله

moga kita semua dalam jagaan Allah!


ptg ni nk share satu lagu.

moga bermanfaat buat semua!

td ade dgr kt radio IKIM.fm

menyentuh jiwa, meruntun kalbu.

terbaik dr Hafiz Hamidun.

terasa sebak, kerana terlalu merindui Rasulullah.

ayuh!
kita hidupkan sunnah Rasulullah.
moga kita mendapat syafaat drp baginda di akhirat kelak.

"Kasih Padamu"

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah..
Pabila terkenangmu.. mengalir air mataku…..


Wednesday, March 6, 2013

:: Alahan Ubat ::


Alhamdulillah..
Allah masih panjangkan usia kita :)

hari ni, just nk share ckit..
tentang Alahan Ubatan.

pernah kena x?

tau cmna nk hadapi musibah sakit ni ?

just copy paste from some internet source.

Alahan Ubat
Tindakbalas alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang berlaku. Pelbagai jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan. Tindakbalas badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit adalah organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat amat jarang berlaku. Alahan ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku apabila selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama, berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya. Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya kurang daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit birit.


Tanda dan Gejala

Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:

Kulit

* Campak seperti ruam
* Gatal tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal
* Photoallergy Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
* Erythema multiforme � Merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
* Demam
* Sakit sendi dan otot
* Bengkak nodus limfa
* Jangkitan pada buah pinggang
* Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan,
tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
* Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang
mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
* Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
* Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi "wheezing", tekak tersekat.
* Pitam Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tetiba akibat peningkatan tekanan darah
* Degupan jantung tidak sekata
* Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki

Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.


Sebab-Sebab

Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.

Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.

* Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, or IgE.
* Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia
mediator. Histamine adalah contoh sejenis mediator
* Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.


Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:

Painkillers ( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.

* Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
* Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)


Faktor risiko bagi alahan ubat:

* Selalu terdedah kepada ubatan
* Dos ubatan yang terlalu banyak
* Ubatan diberi melalui suntikan berbanding pil
* Kebiasaan untuk merangsang alahan dan asma


Rawatan

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan menggunakan ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.

Sekiranya anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan sebagainya) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.


Pencegahan

Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi. Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.

Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.

Anda boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.

Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.



sebagai nasihat :

berjumpa lah dengan doktor sebaik merasai kesan tidak selesa supaya kesakitan tidak berpanjangan.


# MOGA CEPAT SEMBUH! #

Tuesday, March 5, 2013

:: HTKAB 2013 ::


Alhamdulillah..
sempat jgk akhirnye nk mengupdate..hehe
dh berhabuk..dh bersawang je blog nih..
fuhhh3333...
<tiup2 bg hilang debu..hehehe>

btw, setinggi2 kesyukuran ke atas nikmat kurniaan Illahi,
akhirnye HTKAB 2013 berakhir dengan jayanya.. 

^_^

HTKAB 2013 stand for Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki 2013..
sempena meraikan ulang tahun ke 13 penubuhan KAB yang tercinta..

tahniah buat semua pihak yang akhirnya berjaya melaksanakan program besar ni dgn baik..
terima kasih buat semua pihak atas penghargaan yang diberikan kpd bumi KAB ni..

maka,

pelbagai lah aktiviti yang dijalankan sempena prgram 4 hari 3 malam ni..

n the best part is,
kami suka-suki bergambar..
hahaha

malam Bual Bicara "Kahwin Muda",
ramai jugak penghuni kolej keluar nk join taman syurga tu..
alhamdulillah.
<kami pon keluar gk..hik3>

ape ag, snap dulu ckit..hehe







dh siap cuci mata tgok brg2 yg dijual< x beli pon,purse dh sengkek xde duit..ahhaa>
baru ler kiterong g duduk nk dgr bual bicara.

ni sy share kn 2 Video ngan semua org..
dua2 video ni adalah hasil rakaman Yunk Ain.

sama2 kita amik isi pengajarannya.
insyaAllah, ilmu Allah tu luas..
byk lg yg kita nk kena belajar :)

jom tgok dan hayati!

btw, tahniah buat Abg Ad sbb berjaya jd moderator yg sgt bagus!

Video 1: Bual Bicara Kahwin Muda Part 1


Video 2: Bual Bicara Kahwin Muda Part 2



at last, dh nk hbis bual bicara pon,
smpat lg nk bergambar.

hua3

^_^