Sunday, March 9, 2014

:: persediaan dokumen untuk temuduga DG41 ::

Assalamualaikum..
baru sempat nk conteng-conteng kt new post ni..haha
dalam kalut nk iv ni lar, mood rase menulisnye dtg..

ape pon, cuma nk berkongsi sedikit info utk kawan2 yang bakal ditemuduga minggu ni dan minggu2 seterusnya, terutamanya kawan2 drp ISMP Sains Pertanian (AT09)

ini adalah senarai dokumen yang perlu dibuat pengesahan.

1) kad pengenalan
2) sijil kelahiran aka surat beranak
3) sijil SPM/ STPM
4) sijil Ijazah (yg ada tandatangan Naib Canselor ngan Pendaftar)
6) pengiktirafan MQA @ JPA



ini link utk calon daripada program Sains Pertanian UPSI

http://www.mqa.gov.my/mqr/papariptaAA.cfm?IDAkrKP=12059

oh ya, based on latest news ( kami yg iv last week masih guna MQA),
calon ISMP Sains Pertanian dah boleh print yg JPA sbb dh available kt web.
so, adalah lebih baik print out yg JPA tau!

pengesahan boleh lar dibuat dengan mana-mana guru besar atau pon pengetua sekolah.
boleh jugak kalau nk buat pengesahan dengan penghulu ke, pengerusi jkkk ke..
ikut lar mana yang available dan memudahkan anda.
:)

utk sahabat2 dr program lain, senarai 6 adalah berbeza sedikit sebab anda semua perlukan pengiktirafan daripada JPA bukannya MQA.. hehe

senarai no 5 juga sy abaikan kerana itu hanya untuk calon yang belum bergraduat sahaja..
macam kita yg dh konvo tahun lepas, x perlu lar nk susah hati, nk letak dokumen yg mana.
chill..hehe

next,
untuk dokumen original.
boleh lar letak dlm clear folder.
sebab senang penemuduga nk tengok, belek-belek..

susunannya,
ikut lar mana dulu.
tapi pastikan yg penting macam :
kad pengenalan, surat beranak, sijil spm,sijil degree ngan pengiktirafan MQA tu duduk kt depan..
selepas semua tu, baru lar nk letak sijil ko yg banyak2 tu.

macam sy,
sy susun sijil akademik dulu baru sijil ko..
mula dr zmn Uni, baru matrik dan sekolah.
tu pon yg sekolah sy letak sampai tingkatan 4 je.
bawah drp tu,sy x letak pon.

* bagi yg ada byk sijil, jangan sampai bwk 2 fail clear folder pulak.
pergi lar beli clear folder yg boleh isi byk sijil.
amik lar yg 60 pocket ke..
tak pon,beli je fail yg boleh guna refillable clear pocket..senang sikit..
nk letak beratus-ratus sijil pon boleh ;)

dan jangan lupa, lengkapkan borang senarai semak.
lekatkan gambar comel2 ea..



oh,
ada juga yg cadang untuk letakkan RESUME di bahagian belakang sekali..
selepas susunan sijil ko.
 *tapi saya x letak pon  ~ ngeee ~

# semoga dapat membantu kawan2 yg masih x brape jelas ttg dokumen utk dibawa ke temuduga nnt #

" semoga berjaya "