since officially graduated almost last 2 months ago, macam-macam benda yang difikirkan, diplankan dan dilaksanakan.
and, 1 of my new habit is reading.
cuba teka?
^_^
baru perasan sendiri,
sejak habis kontrak dengan PPD KT sebagai guru ganti di SKMPKT,
hampir 10 buah novel dah yang habis baca.
tetapi, novel melayu lar.
<< since only JK's novel je yang dapat memikat hati setakat ini >>
sekarang,
sedang membaca I Love You Stupid.
mula-mula pegang novel ni, rasa macam..
"erm, mungkin novel cinta seperti yang banyak diketengahkan oleh kebanyakan penulis novel."
bertemakan cinta, meleret kahwin paksa dan bercinta kemudiannya.
akhirnya jatuh cinta seperti pasangan lain.
tajuk pun macam memikat hati nak baca.
dulu,
pernah tanya pendapat seorang kawan yang telah baca novel ni.
kata dia,
novel ni biasa-biasa je. macam biasa-biasa novel melayu.
sebab itu,
saya pun meletakkan tanggapan yang sama walaupun tak baca lagi pada masa tu.
dengan hati yang agak membara,
sebab nak tau bagaimanakah persamaan yang ada,
seperti yang diberitahu,
saya mula membelek helaian.
namun,
terus ke halaman Citra Penulis.
saya jumpa sesuatu.
saya rasakan akan ada bezanya novel ini dengan yang lain.
maka dengan excitednya,
saya mula membaca.
menyelami siapa Iris dan Ebrahim.
tiba-tiba muncul Firman, Fatimah dan Mai Tuan.
tiba-tiba terasa Kemboja seperti terlakar sepi di ruangan pandangan.
tiba-tiba rasa rindu bertamu, pada mereka nun jauh di kampung.
tiba-tiba rasa ada sepi dan sedih disebalik tulisan tangan Melur Jelita ni.
menyelami ILYS seolah-olah mendengar nasihat yang terlalu manis untuk diamalkan.
menyelami ILYS seolah-olah menyedarkan diri bahawa diri ni terlalu angkuh pada kurniaan Tuhan.
nak mencari dia yang sempurna seperti Firman,
mungkin tidak ada.
kerana manusia sememangnya tidak sempurna.
nak menjadi yang sempurna,
itu mungkin.
kerana fitrah manusia sukakan yang terbaik dan berusaha ke arah yang lebih baik.
saya sarankan,
pada mereka yang mencari apakah bahan yang indah membuai rasa supaya membaca ILYS ni.
<< jangan menilai pada luarannya, tapi ambillah hikmah yang banyak terkandung di dalamnya, beribu rahsia >>
penulis ada memesan,
"bacalah ILYS dengan mata hati dan mata akal"
ya! siapa yang membacanya dengan mata hati dan akal, pasti akan merasai dalamnya kasih sayang Allah yang cuba disampaikan melalui penulisan novel ni.
saya dapat rasakan, cinta dan kasih sayang yang indah seperti yang diharapkan oleh penulis.
dan saya juga mengharapkan pembaca ILYS yang lain juga akan merasainya.
bukan saya nak promote, tapi hakikatnya memang anda tidak akan merasa rugi.
bukan saya nak mengulas dan mengkritik, kerana hakikatnya saya bukannya pandai nak berkarya seni seperti beliau, Melur Jelita.
jujur,
saya admire si penulis.
mungkin saya tak kenal beliau,
tapi setelah membaca hasil tulisannya, rasa macam banyak sangat yang dinasihati nya, seperti sahabat yang telah lama dikenali.
terima kasih, Melur Jelita.
ingatkan novel Awak Suka Saya Tak je yang menyentuh hati,
tapi yang ini lebih membuatkan saya tersentuh.
Tahniah, Melur Jelita.
<< Moga Allah merahmati Melur Jelita selalu :) >>
baca novel ni,
buat saya rasa macam Fatimah tu seperti Zubaidah, Fida.
buat saya rasa macam Firman itu seperti Pakde Ud, PakNgah, Cu, PakdeMain, Pakteh, Cikyi dan yang lain-lain.
Mai Tuan itu seperti Tok alik naik dan alik jatuh juga.
semuanya sangat protective.
semuanya sangat gembira bila menerima kepulangan kami sekeluarga.
persekitaran Kemboja seperti yang digambarkan dengan Pattani seolah-olah hampir tiada kurang bezanya.
masalah penduduk yang menegakkan agama Islam sebagai tiang kehidupan.
Allahu Akbar!
moga Allah melindungi semua umat Islam yang berjuang demi agamaNya, fi sabilillah!
ok,dah makin melalut mengikut rasa hati nampaknya.
nak out dulu lar.
apa pun, siapa-siapa yang ada masa dan nak membaca, bacalah ILYS.
dengan mata hati, dengan mata akal.
insyaAllah, ada sesuatu yang akan mengisi kekosongan dan kesepian dan seketul darah yang bernama hati.
selamat membaca!
lepas ni nak sambung dengan My Precious Iris pulak.
=)
"Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untukku"
u/p:
thanx k.Na bagi kita pinjam banyak-banyak novel tu.
=)
hehe