Thursday, October 10, 2013

:: surat rasmi memohon pengecualian bayaran balik PTPTN ::

Hi!
jumpa lagi!
^_^

since ada beberapa orang kawan tanya tentang contoh surat rasmi yang perlu dibuat oleh pelajar untuk memohon pengecualian bayaran balik ptptn, so saya letakkan je pada entri kali ni..

btw, ni contoh yang saya buat.
nk ikut pon boleh, tak nak ikut pon boleh.
sekadar perkongsian pada sesiapa yang takde idea nak tulis surat tu..


tapi!
format surat ni for sure kene format surat rasmi lar ea..
kalau ada salah, just ignore it and you may take the point only..
=)

Nor Fazlina Binti Razali,
Lot 1234, Kampung Bahagia,
12345 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
 


No. 37 (B6) Blok B,
Tingkat Bawah 1 dan 2 Dataran Emas,
Jalan Sultan Sulaiman,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.                                                                                           1 Oktober 2013

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BAGI IJAZAH KEPUJIAN KELAS PERTAMA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Saya, Nor Fazlina binti Razali, No K/P : XXXXXX-XX-XXXX merupakan graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin memohon pengecualian bayaran pinjaman bagi Ijazah Kepujian Kelas Pertama.

3.         Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, saya telah menamatkan pengajian bagi program Pendidikan Sains Pertanian (AT09) di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan Kepujian Kelas Pertama.

4.         Bersama surat ini, saya lampirkan borang permohonan berserta salinan sijil Ijazah, salinan Surat Pengesahan Ijazah Kelas Pertama dan salinan transkrip akademik yang telah disahkan oleh Penolong Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tindakan dan perhatian selanjutnya daripada pihak tuan/puan.

4.         Untuk memudahkan rujukan oleh pihak Tuan/Puan, disini saya sertakan bersama nombor rujukan PTPTN saya iaitu XXXXXX. Segala tindakan dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,


(NOR FAZLINA BINTI RAZALI)
01X-XXXXXXX

email_ADDRESS@yahoo.com

harap dapat membantu!


oh,lupe..
Salam Maghrib.
dah masuk jumaat ni.
jom baca Surah Al-Kahfi nnt.