Wednesday, November 6, 2013

:: nikmat sihat ::

Assalamualaikum..
Allahu Robbi.. Allahu Robbi.. Allahu Robbi..
Muhammad rasulullah..

hi, ape khabar semua?
sesaje tangan gatal plak nk tekan-tekan laptop petang ni..
hehe

sambil-sambil belek My Precious Iris yang rasanya tak habis-habis.
dah berapa hari tak jugak habis lagi.
baca satu mukasurat pun lama, ambil masa.
nak faham apa yang cuba disampaikan.
kadang-kadang rasa, bahasanya nun jauh tinggi.
berbunga-bunga,lentok ditiup angin.
hehehe

menghayati kesedihan dan kepiluan Iris,
menghadapi hidup dengan satu nikmat besar yang Allah tarik.
penglihatan.
tapi tak menjadi penghalang untuk dia dan Firman semakin kukuh dan yakin dengan Allah.

terimbau pulak waktu suka duka sem 8 yang lalu.
rasa macam banyak sangat perkara berlaku.

salah satunya, bila nikmat sihat Allah tarik sementara.
Appendicitis.
bermula dengan sakit perut,
yang kemudiannya sakit mencucuk sehingga ke bahagian bawah abdomen kanan.
makin ditekan, makin terasa sakitnya.
asyik muntah,
rasa angin tak lepas je.
badan pon makin penat, makin panas.
MA kata dah macam demam.
MA pon macam takot-takot nak bagitahu punca sebenar.
then, masuk lagi sorang MA.
buat checkup lagi.
baru dia bgtau, disyaki sakit perut sebab appendicitis tu.
tapi dia cuba tenangkan keadaan bila nampak muka ni dah makin pucat,cuak!
dia kata,
"kita g hospital ye..kita buat checkup kat sana untuk confirmation. kalau takde apa-apa boleh balik kolej semula."



ok, sebagai pesakit yang dengar kata,
rela je bagi tangan tu kene cucuk ngan jarum.
masuk air.
masuk ambulans, pergi hospital.
ingatkan sem 8 ni taknak lar ada sejarah masuk hospital,
tapi ada lagi.
huhu

Dr yang incharge buat test tu,test ni.
maka sah lar yang memang sakit perut sebab appendicitis tu.
Dr cakap, dia nk operate terus.
takot nanti kalau biar, boleh pecah appendik tu.
sebab baru je pagi hari yang sama, dia operate sorang student sem 8 jugak, dengan penyakit yang sama.

ok,makin seram.
menangis ingat mak ayah kat rumah.
kena tahan wad sampai nak operate tapi takde family disisi.
oh,sayu hati.
<< tapi Nani ade ^_^ >>

Dr tahu saya takut.
dia senyum dan cakap, minor operation je.
semuanya akan ok lepas ni.
senyum lagi.
< ye Dr, minor je..tapi ni 1st time saya nk masuk Operation Theater.. selalu duk wad biasa je >



diri yang memang dah tak makan dari tengahari diminta sambung berpuasa lagi.
air yang masuk kat wayar tu, berganti-ganti dengan beg air yang lain pastu antibiotik.
sakit.
< sementara nak tunggu habis 1 beg antibiotik tu >

hati dah tenang,
baru telefon mak.
bagitahu nak kena operate.
mak dah hampir-hampir nak buka babak air mata,
tapi air mata orang di hospital slim river ni lagi cepat jatuh.

lepas maghrib,
terus kena sorong masuk bilik bedah.
rasa macam dalam drama melayu pulak.
terlentang atas bed dengan berhadapan muka penuh dengan lampu-lampu besar, menyala!



cuak makin terasa.
Dr pakaikan mask kat hidung tu.
nampak Dr cucuk ubat.
ubat bius kot, masuk ikut tiub.
tak sampai seminit kot,
g.e.l.a.p!

sedar-sedar je bila Dr tepuk perlahan,
mungkin cuba sedarkan saya yang memang syok layan ubat bius tu.
kata dia,
semua dah selesai.
nak angkat saya keluar dari OT.
nak senyum, tapi tak daya.
nak cakap, lagi rasa tak daya.
cuma rasa, nak tido lagi.
hehe

bila bilik OT dibuka,
saya nampak housemates ngan jiran-jiran tengah tunggu depan pintu.
waaaaaaaaaa, ok time ni memang sedih.
terharu.
nangis terus.
Dr kata, time ni emosi pesakit tak stabil.
meracau sambil nangis-nangis.





hehehe..
rasa nak gelak pulak bila ingatkan balik.

terima kasih housemates dan jiran-jiran tersayang.
lagi-lagi terima kasih buat roomates yang disayang.
di kolej, dia lar roomate,
di kolej, dia yang bawak g klinik,
di hospital dia lar teman dari awal sampai keluar wad,
bawak jalan-jalan dalam wad, pimpin pergi toilet dan tukang tukar pakaian.


terima kasih pada semua.
terima kasih pada yang datang melawat.
terima kasih pada yang datang hantar makanan, minuman, pakaian.
terima kasih pada yang memimpin dan menolak kerusi roda.
terima kasih pada yang sudi menjenguk, bertanya khabar.
terima kasih pada yang menghantar dan mengambil.
terima kasih pada semua.
tertulis kat sana, betapa banyak rasa kasih yang ingin diluahkan.


terima kasih Dr Noel.
terima kasih pada semua nurse.

Alhamdulillah,
sekarang jarang sangat dah sakit perut.
cuma sakit biasa-biasa tu je lar.

banyak Dr pesan, jangan itu, jangan ini.
mak datang jemput di kolej, balik berpantang di rumah.
hahaha
makan nasi kosong + ikan panggang tawar.

disuruhnya makan jelly gamat, taknak!
disuruhnya makan ikan haruan, pun taknak!
<< dah macam orang pantang bersalin.haha jalan pun terkedek-kedek, langkah perlahan-lahan takot jatuh. nak gelak jauh sekali, orang sekeliling dilarang melawak time ni hahaha >>

moral of the story,
ingat lar 5 perkara sebelum 5 perkara.
antaranya,
sihat sebelum sakit.

do take care of your health.
sakit perut je,
tapi seeloknya pergi lar jumpa Dr.
kadang-kadang tak boleh pandang remeh walaupun rasa macam biasa je.
kalau tak, merana kemudian hari dah tak guna.

sekarang,
larangan berlari,
larangan mengangkat benda berat
dan lain-lain masih berkuatkuasa.
<< tapi sekali sekala, ada juga terlanggar peringatan itu ini >>

Allah kurniakan nikmat sihat,
untuk kita gunakan masa sebaiknya,
ikut syariat dan batas,
buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang.
jaga diri ye kawan-kawan.
peringatan ni,
untuk semua,
kepada yang menaip dan kepada yang membaca juga.

jumpa lagi.
Assalamualaikum.
^_^






Monday, November 4, 2013

:: salam 1435 Hijrah ::

Alhamdulillah.
berkesempatan berada di hujung tahun 1434 Hijrah.
sekejap je lagi, umat Islam akan menyambut tahun baru,
1435 Hijrah.

buat semua,
jangan dilupa untuk membaca doa akhir tahun.
menutup buku segala amalan yang telah dicatat dua malaikat,dibahu kanan dan kiri.
semoga buku amalan ini akan memberat di kanan, membantu melangkah ke syurga kelak.
insyaAllah.

sekadar perkongsian bersama.

doa akhir tahun.
dibaca pada akhir waktu Asar, sebelum waktu Maghrib.
pada akhir bulan Zulhijjah.
maknanya,
kejap lagi lar..
hehe
:)


saya cp dari sebuah blog.
moga bermanfaat untuk kita.
baca sekali je dalam setahun.
bukan tiap-tiap hari.
jangan lupa ye.
:)

ini maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
dah selesai akhir tahun,
bermula lar catatan amal di buku baru.

cp daripada blogger:

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


kita baca doa yang ni pulak.
dibaca selepas waktu Maghrib,
pada malam 1 Muharram.
haaa, Maghrib jap lagi je.
:)



dan ini pula maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
cp dr blogger lain:

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



jom, tingkatkan amalan.
bukan mudah bila berlakunya pergelutan antara iman dan nafsu.
jom, menuju redha Allah.

"SALAM AWAL MUHARRAM"
^_^

Saturday, November 2, 2013

:: I Love You Stupid ::


since officially graduated almost last 2 months ago, macam-macam benda yang difikirkan, diplankan  dan dilaksanakan.

and, 1 of my new habit is reading.
cuba teka?
^_^

baru perasan sendiri,
sejak habis kontrak dengan PPD KT sebagai guru ganti di SKMPKT,
hampir 10 buah novel dah yang habis baca.
tetapi, novel melayu lar.
<< since only JK's novel je yang dapat memikat hati setakat ini >>

sekarang,
sedang membaca I Love You Stupid.



mula-mula pegang novel ni, rasa macam..
"erm, mungkin novel cinta seperti yang banyak diketengahkan oleh kebanyakan penulis novel."
bertemakan cinta, meleret kahwin paksa dan bercinta kemudiannya.
akhirnya jatuh cinta seperti pasangan lain.
tajuk pun macam memikat hati nak baca.

dulu,
pernah tanya pendapat seorang kawan yang telah baca novel ni.
kata dia,
novel ni biasa-biasa je. macam biasa-biasa novel melayu.
sebab itu,
saya pun meletakkan tanggapan yang sama walaupun tak baca lagi pada masa tu.

dengan hati yang agak membara,
sebab nak tau bagaimanakah persamaan yang ada,
seperti yang diberitahu,
saya mula membelek helaian.
namun,
terus ke halaman Citra Penulis.

saya jumpa sesuatu.
saya rasakan akan ada bezanya novel ini dengan yang lain.

maka dengan excitednya,
saya mula membaca.
menyelami siapa Iris dan Ebrahim.
tiba-tiba muncul Firman, Fatimah dan Mai Tuan.
tiba-tiba terasa Kemboja seperti terlakar sepi di ruangan pandangan.
tiba-tiba rasa rindu bertamu, pada mereka nun jauh di kampung.
tiba-tiba rasa ada sepi dan sedih disebalik tulisan tangan Melur Jelita ni.

menyelami ILYS seolah-olah mendengar nasihat yang terlalu manis untuk diamalkan.
menyelami ILYS seolah-olah menyedarkan diri bahawa diri ni terlalu angkuh pada kurniaan Tuhan.

nak mencari dia yang sempurna seperti Firman,
mungkin tidak ada.
kerana manusia sememangnya tidak sempurna.

nak menjadi yang sempurna,
itu mungkin.
kerana fitrah manusia sukakan yang terbaik dan berusaha ke arah yang lebih baik.

saya sarankan,
pada mereka yang mencari apakah bahan yang indah membuai rasa supaya membaca ILYS ni.
<< jangan menilai pada luarannya, tapi ambillah hikmah yang banyak terkandung di dalamnya, beribu rahsia >>

penulis ada memesan,
"bacalah ILYS dengan mata hati dan mata akal"
ya! siapa yang membacanya dengan mata hati dan akal, pasti akan merasai dalamnya kasih sayang Allah yang cuba disampaikan melalui penulisan novel ni.
saya dapat rasakan, cinta dan kasih sayang yang indah seperti yang diharapkan oleh penulis.
dan saya juga mengharapkan pembaca ILYS yang lain juga akan merasainya.

bukan saya nak promote, tapi hakikatnya memang anda tidak akan merasa rugi.
bukan saya nak mengulas dan mengkritik, kerana hakikatnya saya bukannya pandai nak berkarya seni seperti beliau, Melur Jelita.

jujur,
saya admire si penulis.
mungkin saya tak kenal beliau,
tapi setelah membaca hasil tulisannya, rasa macam banyak sangat yang dinasihati nya, seperti sahabat yang telah lama dikenali.
terima kasih, Melur Jelita.
ingatkan novel Awak Suka Saya Tak je yang menyentuh hati,
tapi yang ini lebih membuatkan saya tersentuh.
Tahniah, Melur Jelita.
<< Moga Allah merahmati Melur Jelita selalu :) >>

baca novel ni,
buat saya rasa macam Fatimah tu seperti Zubaidah, Fida.
buat saya rasa macam Firman itu seperti Pakde Ud, PakNgah, Cu, PakdeMain, Pakteh, Cikyi dan yang lain-lain.
Mai Tuan itu seperti Tok alik naik dan alik jatuh juga.
semuanya sangat protective.
semuanya sangat gembira bila menerima kepulangan kami sekeluarga.
persekitaran Kemboja seperti yang digambarkan dengan Pattani seolah-olah hampir tiada kurang bezanya.
masalah penduduk yang menegakkan agama Islam sebagai tiang kehidupan.
Allahu Akbar!
moga Allah melindungi semua umat Islam yang berjuang demi agamaNya, fi sabilillah!

ok,dah makin melalut mengikut rasa hati nampaknya.
nak out dulu lar.
apa pun, siapa-siapa yang ada masa dan nak membaca, bacalah ILYS.
dengan mata hati, dengan mata akal.
insyaAllah, ada sesuatu yang akan mengisi kekosongan dan kesepian dan seketul darah yang bernama hati.

selamat membaca!
lepas ni nak sambung dengan My Precious Iris pulak.
=)


"Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untukku"


u/p:
thanx k.Na bagi kita pinjam banyak-banyak novel tu.
=)
hehe