Sunday, October 6, 2013

:: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN ::



Alhamdulillah..
maka berakhirnya 4 tahun pengajian secara rasminya..



Alhamdulillah juga, berkat hasil usaha,jerih perih mengharungi pelbagai cabaran, keputusan PNGK membolehkan aku memohon Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN.

Alhamdulillah.
=)


untuk itu,
sekadar berkongsi..
sedikit info untuk sahabat2, bloggers dan sesiapa juga yang berkelayakan untuk memohon pengecualian ini.

sebenarnya, maklumat lanjut mengenai kelas pertama boleh didapati di
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian

atau lebih mudahnya seperti syarat2 di bawah ni:

Penerima biaya yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Penerima biaya hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

(v) Kursus yang diikuti oleh penerima biaya di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.


Berikut pula adalah senarai DOKUMEN yang diperlukan untuk mermohonan pengecualian bayaran balik:-

1.       Surat rasmi daripada pelajar

2.       Borang permohonan dan akuan penerima biaya bagi pengecualian bayaran balik.

3.       Salinan transkrip peperiksaan

4.       Salinan ijazah kelas pertama. Pastikan Kelas Pertama dicatat pada ijazah atau Surat Pengesahan Kelas Pertama daripada Bahagian Akademik jika tidak tercatat Kelas Pertama pada ijazah.

5.       Salinan surat tawaran penaja lain

6.       Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai pengesah salinan dokumen yang layak (Hanya Pegawai Kumpulan A Bahagian Akademik/ Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan ijazah pelajar sahaja).


ok, ni part paling penting sebab ramai yang keliru.

Akuan Penerima Biaya adalah borang yang versi pin 6..

dan sebenarnya, yang diperlukan adalah surat pengesahan kelas pertama yang ORIGINAL.



untuk makluman kawan2 daripada upsi, surat yang original ni kita dapat masa ambil sijil degree dengan transkrip aritu..masa pulangkan jubah tu..
u/p:
maknanya, kita perlu buat pengesahan atas surat yang kita dapat aritu bukannya buat pengesahan atas surat yang di"fotostat".



jangan lupa juga, kawan2 yang nak mohon perlukan sertakan surat rasmi memohon pengecualian bayaran tersebut.

dan untuk salinan tawaran biasiswa lain, TIDAK perlukan pengesahan daripada pihak IPT.
:)



untuk makluman sahabat2 terutamanya daripada UPSI,

permohonan pengecualian bayaran pelajar UPSI tidak diterima kerana :
1. Surat Pengesahan kelas pertama yang dikeluarkan UPSI menggunakan printed tandatangan pegawai akademik UPSI.
Hal ini telah diputuskan bahawa surat tersebut hendaklah ditandatangani semula oleh pegawai akademik dengan menggunakan surat yang sama.

2. Tidak menyerahkan surat penaja lain untuk semakan sama ada penajaan bertindih atau tidak bagi peminjam yang membatalkan perjanjian disebabkan menerima penaja lain (diperlukan sekiranya tiada dalam simpanan PTPTN).

3. Membawa SALINAN SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA (FOTOKOPI) dan disahkan oleh pegawai akademik.
Mohon rujuk senarai dokumen yang perlu dilampirkan yang salah satunya menyebut Surat Pengesahan Kelas Pertama (Bukan Salinan Surat pengesahan Kelas Pertama).

Dan akhir sekali,mana-mana permohonan yang telah dihantar akan disemak oleh pegawai PTPTN dimana borang tersebut dihantar. Kawan-kawan diminta untuk sentiasa merujuk kepada pegawai PTPTN yang bertanggungjawab menguruskan akaun PTPTN anda bagi setiap permasalahan berkaitan PTPTN :
untuk mengetahui siapa pegawai yang bertanggungjawab, boleh lar check kt sini http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm

so, sampai sini dulu.
harap2 dapat membantu kawan2 yang sama2 nk mohon dapatkan pengecualian ni.

ape2 pun, kredit ditujukan khas pada pihak PTPTN yang sentiasa memberi maklumbalas yang jelas pada setiap pertanyaan saya di Facebook, Twitter, E-mail dan panggilan juga.
terima kasih
;)

u/p:
andai ada maklumat yang salah atau terkini, mohon pembaca maklum atau kongsi di ruangan komen yer..
insyaAllah akan saya update yang terbaru nnt.


1 comment:

  1. Salam cik, sy nk tny berkenaan permohonan tidak diterima yg no 2 tu, kalau kite stopkan ptptn sparuh jalan sbb dpt scholar lain, kite xakan dapat tukar ptptn kepada biasiswa ke? Or still boleh tapi hantar kan skali surat penajaan lain tu?

    ReplyDelete