Thursday, October 31, 2013

:: put the glass down ::

A psychologist.
walked around a room while teaching stress management to an audience.
As she raised a glass of water,
everyone expected they'd be asked the "half empty or half full" question.

Instead,
with a smile on her face, she inquired:
"how heavy is this glass of water?"

Answer called out,
"ranged from 8 oz. to 20 oz."

She replied,
"the absolute weight doesn't matter.
it depends on how long i hold it.
if i hold it for an hour, i'll have an ache in my arm.
if i hold it for a day, my arm will feel numb and paralyzed.
in each case,
the weight  of the glass doesn't change, but the longer i hold it, the heavier it becomes."


She continued,
"the stresses and worries in life are like that glass of water.
think about them for a while and nothing happens.
think about them a bit longer and they begin to hurt.
and if you think about them all day long, you will feel paralyzed, incapable of doing anything."

Sungguh ku bersetuju dengan kata-kata di atas.

hakikat sebenar.

semakin kita ingatkan masalah tu, semakin terasa berat apa yang perlu dipikul.
walaupun sebenarnya, kita memang perlu fikirkan cara untuk selesaikan masalah itu.

terkadang, masalah yang selalu diingatkan itu adalah hal yang tidak perlu difikirkan pon
tapi, gitu r.. kita tetap teringatkannya.
bukan senang nak lupa agaknya.

well,
just a conclusion from that inspired said;

"put down your glass."
<< put it aside >>

and,

"I WILL!"

adakala,
kita perlu letakkan gelas tu,
supaya kita tidak lebih tertekan.
supaya kita tidak lebih risau dan bimbang.
dan kadang-kadang,
supaya kita tidak lebih takut.
ya,
lebih takut.
<< paranoid. maybe. >>

insyaAllah,

"i'll make myself happier."

oh hati!
jangan fikir lagi.
stop it,please!
saya nak buka november dengan riang gembira tau.
=)

ok, novel "I Love You, Stupid!" tengah tunggu tu.
bye.

Tuesday, October 29, 2013

:: Majlis Khatam Al-Quran KAFA Terengganu ::


taken from Utusan online.



^_^
Alhamdulillah.
once again,
this year,
this little girl,
attending her Khatam Al-Quran Ceremony.



TAHNIAH!

walaupun tak dapat nak ikut sekali aritu,
<< atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkin >>
ok lar dengan hantar en.Pentax jer yang pergi sekali.
hehe.


ramai jugak yang khatam tahun ni..
24,330 orang.
moga jumlahnya akan bertambah seiring dengan bertambahnya bilangan anak-anak didik yang masuk kelas KAFA.

tak lupa juga,
sekalung tahniah jugak buat anak-anak SKMPKT yang khatam Quran.
:)


:: Majlis Graduasi SMKBT 2013 ::

Alhamdulillah.
semalam, 28 Oktober 2013, saya berpeluang mengikuti Majlis Graduasi peringkat sekolah.
<< maklum lar,dulu batch 2007 SMK(A)TJ tak ada majlis graduasi lagi..hehe >>

apepun,
TAHNIAH buat semua murid-murid tingkatan 5 SMK Bukit Tunggal 2013.
bersedia lar untuk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar selepas kehidupan persekolahan.
<< zaman persekolahan yang pasti akan dirindui selepas ini >>

dan tak lupa, SEMOGA BERJAYA dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..
GOOD LUCK!

jangan anggap remeh hal-hal exam ni.
kan menyesal tak sudah.

semoga majlis penghargaan seperti ini dapat menyuntik semangat ingin terus berusaha ke arah menjadi yang terbaik demi masa depan anda semua.
ye lar,awal-awal lagi dah naik pentas pakai jubah.
macam students yang dah habis belajar dip,degree,master dll tu..hehe
zaman akak ni dulu tak de pon naik-naik pentas pakai jubah camtu..huhu
haha..tapi, alhamdulillah,hari ni boleh lar nk tumpang seronok sekali..
=)

so, here are some pics of her Form 5 Graduation Day.
Congrats from bottom of our hearts!
GOOD LUCK Shekroh!






Congrates again!
:)



Sunday, October 20, 2013

:: Doa Rabitah ; Penyatuan Hati, Kasih Sayang ::

" ya Allah,
Engkau mengetahui hati-hati ini..
telah berkumpul kerana kasihkan Mu..
bertemu dan patuh padaMu,
bersatu memikul dakwahMu.. 
hati-hati ini telah berjanji setia..
mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah akan ikatannya..
kekalkan kemesraan hati ini..
tunjukkan ia jalan yang sebenar..
limpahkan dengan cahaya rabbaniMu,
yang tak pernah padam dan lapangkan dengan iman.. "

do play the video.
source : Youtube

^_^
jom amalkan.


"bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang dan menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu...kerana masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Dia tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.. "


they said ;
"picture is worth a thousand words"




Friday, October 18, 2013



"Love all, trust a few, do wrong to none" -  William Shakespeare 

Thursday, October 10, 2013

:: surat rasmi memohon pengecualian bayaran balik PTPTN ::

Hi!
jumpa lagi!
^_^

since ada beberapa orang kawan tanya tentang contoh surat rasmi yang perlu dibuat oleh pelajar untuk memohon pengecualian bayaran balik ptptn, so saya letakkan je pada entri kali ni..

btw, ni contoh yang saya buat.
nk ikut pon boleh, tak nak ikut pon boleh.
sekadar perkongsian pada sesiapa yang takde idea nak tulis surat tu..


tapi!
format surat ni for sure kene format surat rasmi lar ea..
kalau ada salah, just ignore it and you may take the point only..
=)

Nor Fazlina Binti Razali,
Lot 1234, Kampung Bahagia,
12345 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
 


No. 37 (B6) Blok B,
Tingkat Bawah 1 dan 2 Dataran Emas,
Jalan Sultan Sulaiman,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.                                                                                           1 Oktober 2013

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BAGI IJAZAH KEPUJIAN KELAS PERTAMA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Saya, Nor Fazlina binti Razali, No K/P : XXXXXX-XX-XXXX merupakan graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin memohon pengecualian bayaran pinjaman bagi Ijazah Kepujian Kelas Pertama.

3.         Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, saya telah menamatkan pengajian bagi program Pendidikan Sains Pertanian (AT09) di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan Kepujian Kelas Pertama.

4.         Bersama surat ini, saya lampirkan borang permohonan berserta salinan sijil Ijazah, salinan Surat Pengesahan Ijazah Kelas Pertama dan salinan transkrip akademik yang telah disahkan oleh Penolong Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tindakan dan perhatian selanjutnya daripada pihak tuan/puan.

4.         Untuk memudahkan rujukan oleh pihak Tuan/Puan, disini saya sertakan bersama nombor rujukan PTPTN saya iaitu XXXXXX. Segala tindakan dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,


(NOR FAZLINA BINTI RAZALI)
01X-XXXXXXX

email_ADDRESS@yahoo.com

harap dapat membantu!


oh,lupe..
Salam Maghrib.
dah masuk jumaat ni.
jom baca Surah Al-Kahfi nnt.


Wednesday, October 9, 2013

:: Di Batas Rindu Ini ::


DI BATAS RINDU INI

Duduk di batas rindu ini
ada kenangan di situ
kita bercerita tentang esok
siang pun pantas berlalu
mengejar dinihari
dan malam hilang di hulu senja.

Masih di batas ini
semalam telah kita tinggalkan
namun cerita ini masih bersambung
dan semakin larut dalam keasyikan
pun ada persoalan
tika minda mula bertanya.

Batas rindu itu masih di situ
masih setia untuk mendengar
sebuah cerita yang terhenti 
sedangkan kita
sudah mula terasing
dalam detik waktu yang hilang.

all credits goes to:
our abg long, Abdul Azim Mohd Nasri.
mantan Yang DiPertua
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej
Kolej Aminuddin Baki


Sunday, October 6, 2013

:: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN ::



Alhamdulillah..
maka berakhirnya 4 tahun pengajian secara rasminya..



Alhamdulillah juga, berkat hasil usaha,jerih perih mengharungi pelbagai cabaran, keputusan PNGK membolehkan aku memohon Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN.

Alhamdulillah.
=)


untuk itu,
sekadar berkongsi..
sedikit info untuk sahabat2, bloggers dan sesiapa juga yang berkelayakan untuk memohon pengecualian ini.

sebenarnya, maklumat lanjut mengenai kelas pertama boleh didapati di
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian

atau lebih mudahnya seperti syarat2 di bawah ni:

Penerima biaya yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Penerima biaya hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

(v) Kursus yang diikuti oleh penerima biaya di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.


Berikut pula adalah senarai DOKUMEN yang diperlukan untuk mermohonan pengecualian bayaran balik:-

1.       Surat rasmi daripada pelajar

2.       Borang permohonan dan akuan penerima biaya bagi pengecualian bayaran balik.

3.       Salinan transkrip peperiksaan

4.       Salinan ijazah kelas pertama. Pastikan Kelas Pertama dicatat pada ijazah atau Surat Pengesahan Kelas Pertama daripada Bahagian Akademik jika tidak tercatat Kelas Pertama pada ijazah.

5.       Salinan surat tawaran penaja lain

6.       Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai pengesah salinan dokumen yang layak (Hanya Pegawai Kumpulan A Bahagian Akademik/ Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan ijazah pelajar sahaja).


ok, ni part paling penting sebab ramai yang keliru.

Akuan Penerima Biaya adalah borang yang versi pin 6..

dan sebenarnya, yang diperlukan adalah surat pengesahan kelas pertama yang ORIGINAL.



untuk makluman kawan2 daripada upsi, surat yang original ni kita dapat masa ambil sijil degree dengan transkrip aritu..masa pulangkan jubah tu..
u/p:
maknanya, kita perlu buat pengesahan atas surat yang kita dapat aritu bukannya buat pengesahan atas surat yang di"fotostat".



jangan lupa juga, kawan2 yang nak mohon perlukan sertakan surat rasmi memohon pengecualian bayaran tersebut.

dan untuk salinan tawaran biasiswa lain, TIDAK perlukan pengesahan daripada pihak IPT.
:)



untuk makluman sahabat2 terutamanya daripada UPSI,

permohonan pengecualian bayaran pelajar UPSI tidak diterima kerana :
1. Surat Pengesahan kelas pertama yang dikeluarkan UPSI menggunakan printed tandatangan pegawai akademik UPSI.
Hal ini telah diputuskan bahawa surat tersebut hendaklah ditandatangani semula oleh pegawai akademik dengan menggunakan surat yang sama.

2. Tidak menyerahkan surat penaja lain untuk semakan sama ada penajaan bertindih atau tidak bagi peminjam yang membatalkan perjanjian disebabkan menerima penaja lain (diperlukan sekiranya tiada dalam simpanan PTPTN).

3. Membawa SALINAN SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA (FOTOKOPI) dan disahkan oleh pegawai akademik.
Mohon rujuk senarai dokumen yang perlu dilampirkan yang salah satunya menyebut Surat Pengesahan Kelas Pertama (Bukan Salinan Surat pengesahan Kelas Pertama).

Dan akhir sekali,mana-mana permohonan yang telah dihantar akan disemak oleh pegawai PTPTN dimana borang tersebut dihantar. Kawan-kawan diminta untuk sentiasa merujuk kepada pegawai PTPTN yang bertanggungjawab menguruskan akaun PTPTN anda bagi setiap permasalahan berkaitan PTPTN :
untuk mengetahui siapa pegawai yang bertanggungjawab, boleh lar check kt sini http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm

so, sampai sini dulu.
harap2 dapat membantu kawan2 yang sama2 nk mohon dapatkan pengecualian ni.

ape2 pun, kredit ditujukan khas pada pihak PTPTN yang sentiasa memberi maklumbalas yang jelas pada setiap pertanyaan saya di Facebook, Twitter, E-mail dan panggilan juga.
terima kasih
;)

u/p:
andai ada maklumat yang salah atau terkini, mohon pembaca maklum atau kongsi di ruangan komen yer..
insyaAllah akan saya update yang terbaru nnt.