Sunday, December 4, 2011

:: buletin Jelajah Sukiasi Siri II ::



JELAJAH SUKIASI MENGHARUMKAN NAMA KAB, UPSI

Oleh ROZIENOLI ABDUL RAHMAN


            UKM , Kolej Aminuddin Baki; Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki telah menganjurkan Jelajah Sukiasi KPT Siri II pada 28 November 2011 bertempat di Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor Darul Ehsan. Program yang berlangsung selama sehari ini melibatkan atlet-atlet Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan penyertaan kira-kira 90 orang termasuk Barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KAB, UPSI.
            Tujuan utama Jelajah Sukiasi KPT ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara Jawatankuasa Mahasiswa Kolej  Aminuddin Baki, UPSI dengan pihak Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi,  Kolej Aminuddin Baki, UKM. Jelajah Sukiasi KPT ini juga diharapkan dapat mewujudkan hubungan baik antara pihak KAB, UPSI dengan KAB, UKM disamping dapat berkongsi ilmu dan pendapat tentang aktiviti Kesukanan kolej masing-masing.
            Sepanjang sehari bersama pihak UKM, para peserta Jelajah Sukiasi KPT ini telah bersaing dalam pelbagai acara sukan dengan pihak KAB, UKM. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola tampar, bola jaring dan futsal. Kemenangan majoriti yang berbelah kepada pihak KAB, UPSI telah mengharumkan nama KAB, UPSI sekaligus menjadi satu batu lonjatan buat atlet-atlet KAB, UPSI untuk terus maju dalam bidang sukan.
            Jelajah Sukiasi KPT Siri II ini diketuai oleh Saudari Nor Fazlina Binti Razali, Exco Sukan dan Rekreasi, KAB. Majlis penutupan Jelajah Sukiasi KPT Siri II ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Fahmi@Mike, Felo Kanan Kolej Aminuddin Baki, UKM. Turut sama berucap dalam majlis penutupan ini Dr. Syed Sofian Bin Hj. Syed Salim, Pengetua Kolej Aminuddin Baki, UPSI.
            ”Penuntut yang cemerlang bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik semata-mata tetapi juga dalam bidang kokurikulum”, kata En. Mohd Fahmi @ Mike dalam ucapan perasmiannya. Beliau juga berharap agar segala perkongsian ilmu mengenai aktiviti Kolej Aminuddin Baki dan sukan ini mampu memberi pengalaman dan idea baru untuk diadaptasikan di kolej masing-masing.



P/S
TERIMA KASIH JMK KAB UPSI DAN JAKSA KAB UKM SERTA SELURUH PENGHUNI KAB UKM DAN UPSI ATAS SEGALA KERJASAMA YANG DIBERIKAN DALAM USAHA MENJAYAKAN PROGRAM INI...
TERIMA KASIH SEMUA...
thanx shafiq dan semua2nye..

4 comments: